EL SYU’ARRA

ketika kegelapan mulai bertahta

HIKAYAT

Abu Hurairah

Abu Hurairah dilahirkan 19 tahun sebelum Hijrah. Nama sebenar beliau sebelum memeluk ugama Islam tidaklah diketahui dengan jelas, tetapi pendapat yang mashyur adalah Abd Syams. Nama Islamnya adalah Abd al-Rahman. Beliau berasal daripada qabilah al-Dusi di Yaman.

 

 

 

Abu Hurairah memeluk Islam pada tahun 7 Hijrah ketika Rasulullah berada di Khaibar.Abu Hurairah berjaya meriwayatkan banyak hadis disebabkan beliau sentiasa berdamping dengan Rasulullah selama 3 tahun, selepas memeluk Islam. Ini sebagaimana yang di riwayatkan olehnya :-

terjemahannya

” Sesungguhnya saudara kami dari golongan Muhajirin sibuk dengan urusan mereka di pasar dan orang-orang Ansar pula sibuk bekerja di ladang mereka, sementara aku seorang yang miskin senantiasa bersama Rasulullah SAW, aku hadir di majlis yang mereka tidak hadir dan aku hafaz pada masa mereka lupa

( Al Bukhari )

Pada mulanya Abu Hurairah mempunyai ingatan yang lemah lalu beliau megadu kepada Rasulullah. Rasulullah lalu mendoakan agar Abu Hurairah diberkati dengan daya ingatan yang kuat lalu semenjak hari itu Abu Hurairah dikurniakan dengan daya ingatan yang kuat yang membolehkan beliau meriwayatkan jumlah hadis terbanyak di kalangan para sahabat.

Abu Hurairah meriwayatkan sebanyak 5,374 hadis. Beliau wafat di al-Aqiq pada tahun 59 Hijrah ketika berusia 78 tahun.

( Pustaka Islami, riwayat Abu hurairah)

lo7.jpg

ANWAR EL SYU’ARRA

Belum ada komentar.

Tinggalkan komentar